Slow Jog Pic 3

Jom Ajak Keluarga Slow Jog!

Kenapa tak exercise bersama-sama satu keluarga? Rasa payah nak buat? Cuba slow jog seperti yang tertera pada artikel ini.

Apa itu slow jog?

Bukan ke jogging payah nak mula?

Betul tu…tapi hanya jika jogging yang anda maksudkan tu jogging seperti yang kebanyakkan orang lain buat; yang kita selalu lihat tu.

Kebanyakkanya orang akan berlari agak laju dan berlari untuk tempoh yang lama sehingga kita nampak mereka berpeluh sungguh seluruh badan.

Nampak seronok tapi tidak ramai yang boleh “berjogging” seperti cara ini kerana cara ini memerlukan tenaga dan stamina yang banyak dan susah untuk mula jika anda sebelum ini tidak aktif bersukan.

Sebagai alternatif; cuba “slow jog“.

Apa beza slow jog dengan jogging yang biasa tu?

Bezanya ialah pada cara berlari.

Slow jog ni umpama anda berlari-lari anak tapi lebih perlahan lagi; kadar lariannya antara berjalan laju dengan berlari sedikit laju.

Slow jog ini mungkin dipopularkan oleh Prof Hiroaki Tanaka dan menurut Prof Hiroaki salah satu cara paling mudah untuk tahu samada anda sedang buat slow jog dengan betul atau tidak ialah dengan lihat samada anda boleh bercakap tanpa tercungap-cungap dengan orang di sebelah anda.

Jika anda sukar hendak bercakap dengan orang di sebelah waktu berjogging maksudnya anda sedang berlari lebih laju dari yang sepatutnya.

Waktu itu, perlahankan kadar anda berlari hingga anda boleh bercakap semula dengan orang di sebelah tanpa tercungap-cungap.

Berdasarkan tips dari Prof Hiroaki ini kita boleh andaikan slow jog ini umpama “social jogging” iaitu jogging untuk sihatkan badan sambil boleh berborak-borak.

Sebab itulah slow jog ini amat sesuai untuk kita sekeluarga.

Sambil sama-sama hirup udara luar, kita boleh borak-borak dengan pasangan kita dan dengan anak-anak kita.

Jika anda ingin lihat cara slow jog yang betul; layari YouTube dan taip saja “slow jog” atau taip “Prof Hiroaki Tanaka” dan akan dapat beberapa video tentang cara slow jog yang betul dari Prof sendiri dan beberapa vlogger yang lain.

Untuk website official, rujuk Slow Jogging International.

slow jog pic 2

Payah ke nak mula?

Pertama sekali, kita jangan fikir banyak tentang bila nak jog, pukul berapa nak jog, nak beli kasut baru ke dan seumpamanya.

Untuk permulaan, gunakan saja kasut sukan atau sneakers yang anda.

Untuk anak-anak pula, pakai saja kasut sekolah mereka.

Jadi anda tak perlu berbelanja untuk mula berjogging.

Untuk permulaan ini cukup sekadar setkan bila nak jogging (masa), di mana nak jogging (lokasi) dan berapa lama.

Untuk masa, pilih waktu yang anda rasakan paling sesuai untuk anda sekeluarga. Ramai mungkin memilih waktu petang, tetapi waktu ini sebenarnya agak sibut untuk mereka yang berkeluarga sebab takut kelam kabut pula untuk siapkan makanan malam untuk keluarga.

Waktu lain yang boleh anda pilih ialah pukul 3 hingga pukul 4 atau selepas solat maghrib. Jika pilih selepas waktu solat maghrib, pastikan anda sekeluarga mula makan malam awal sebagai contoh pukul antara 645 petang hingga 715 malam.

Untuk lokasi pula elakkan lokasi yang memerlukan anda untuk memandu ke tempat itu. Sebab ini akan buatkan anda sekeluarga susah untuk jadikan ia sebagai routine keluarga.

Sebaliknya pilih lokasi berhampiran rumah saja seperti di parking lot rumah bagi yang tinggal di apartment atau sekitar kawasan perumahan anda bagi yang tinggal di “landed properties”.

Untuk masa pula, jangan setkan tempoh yang panjang untuk slow jog. Setkan point untuk mula dan point untuk patah balik PLUS berapa kali pusingan perlu dibuat.

Cukup sekadar 5 pusingan sehinggalah slow jog ini menjadi routine keluarga.

Selepas itu tambah sedikit demi sedikit.

Allah ada berfirman yang antara disukaiNya ialah hambanya yang lakukan perkara sedikit tapi berterusan.

Cara “motivate” anak untuk slow jog bersama.

Gunakan waktu bermain game atau “on the phone time” sebagai motivasi.

Sebagai contoh “kalau ikut jogging hari ni dapat main 30 min. Kalau tak jogging tak dapat main game” ATAU “kalau jogging hari ni dapat pakai phone 30 minit; kalau tak tak dapat pakai phone lansung hari ni”.

Waktunya sudah tiba untuk anda hadkan waktu anak anda bermain game atau “on the phone time” jika sekiranya anda belum pernah buat begini.

Jom mula slow jog bersama keluarga.