Panduan Sekolah Pic 3

Panduan Sekolah Anak dari PraSekolah hingga Menengah.

Anda dapat lihat di sini panduan komprehensif berkaitan persekolahan anak anda dari Pra-Sekolah hingga ke Sekolah Menengah (termasuk TVET & Agama) serta Pendidikan Khas.

Panduan persekolahan ini panjang.

Untuk mudahkan anda panduan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti “Table of Contents” di bawah ini.

Jika anda ingin hubungi Pejabat Pendidikan Daerah berhampiran anda, anda boleh lihat pada pautan ini: Senarai PPD.

Table of Contents

Pra-Sekolah.

Program prasekolah telah dimulakan sejak tahun 1992 dan dikhususkan untuk mendidik kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

Program ini adalah hasil keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991.

Pada waktu itu (1992) ia dimulakan dulu dengan penubuhan sekitar 1,000 buah kelas prasekolah dan kemudiannya ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan seperti diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Syarat Permohonan.

Secara umumnya anda boleh memohon untuk daftarkan anak anda sekiranya memenuhi syarat-syarat dibawah ini.

1. Untuk kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
2. Kanak-kanak berumur 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.
3. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan.

Cara Daftar Anak Anda Secara Online.

Permohonan boleh dibuat antara 1 Mac hingga 30 April tahun sebelum.

Anda boleh hantar permohonan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my. Manual pengguna turut disediakan diwebsite ini.

Kemudian > Cetak salinan permohonan iaitu borang permohonan online anda.

Setelah itu > Hantar salinan borang tersebut ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.

Momohon Secara Manual.

Permohonan boleh dibuat antara 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum.

Anda perlu ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dipohon.

Kemudian > Pihak sekolah/institusi akan cetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

Setelah itu > Hantar borang permohonan yang lengkap diisi berserta
dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.

Semak Status Permohonan.

Untuk permohonan secara online, semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).

Untuk permohonan secara manual pula, semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos (juga tertakluk kepada pindaan).

Sekolah Rendah.

Setiap ibu bapa, menurut peruntukan undang-undang, diwajibkan untuk mendaftarkan anak-anak yang berumur 6 tahun ke sekolah rendah.

Peruntukan undang-undang ini dinyatakan pada “Akta Pendidikan 1996”, “Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002” dan “Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah tahun 2003”.

Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan di sekolah rendah.

Menurut peruntukan undang-undang sedia ada, ibu bapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya ada sebab-sebab tertentu, anda tidak dapat menghantar anak ke sekolah, anda perlu membuat permohonan melalui pejabat pendidikan berhampiran untuk memohon penangguhan anak ke sekolah.

Cara Daftar Anak.

Anda boleh mendaftar anak untuk samada secara Online, iaitu melalui pautan ini > https://public.moe.gov.my/ atau secara manual dengan hadir ke sekolah pilihan anda.

Jika anda memilih pendaftaran secara online, di website tersebut klik “Pengguna Baru”.

Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur.

Anda boleh memohon untuk daftarkan anak anda ke sekolah rendah walaupun anak anda masih belum berumur 6 tahun tetapi lahir antara 2 hingga 15 Januari.

Ada beberapa syarat yang mungkin akan dipertimbangkan samada anak anda akan dibenarkan untuk masuk ke Tahun 1 walaupun belum sampai umur 7 tahun.

1. Anak anda telah mengikuti mengikuti pendidikan prasekolah/ tadika.

2. Anak anda capai tahap yang munasabah dari segi ‘mental and reading age’.

3. Anak anda perlu menghadiri sesi modul saringan dan modul temu bual yang dikendalikan oleh pegawai di jabatan pendidikan negeri bagi mempastikan kesahihan perkara 1 dan 2.

4. Pertimbangan permohonan adalah berdasarkan merit ’case by case’ tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dimohon.

5. Permohonan anda hendaklah dikemukakan kepada jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan menyertakan bersama-sama sijil lahir, surat pengesahan prasekolah/tadika dan laporan kemajuan murid yang telah disahkan.

6. Jabatan pendidikan negeri hendaklah memanjangkan semua permohonan dan dokumen sokongan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.

Sekolah Menengah.

Anak-anak kita berpeluang untuk memasuki salah sebuah jenis sekolah menengah di bawah ini:-

#1 Sekolah Menengah Kebangsaan Harian.

Ibu bapa boleh buat pendaftaran melalui sekolah rendah masing-masing sewaktu anak sudah berada di Tahun 6 dengan mengisi “Borang Permohonan Penempatan Sekolah”.

Guru berkenaan kemudiannya akan memasukkan butiran permohonan anda secara online.

#2 Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Ibu bapa boleh buat permohonan sepenuhnya secara online melalui alamat web yang diumumkan waktu permohonan dibuka.

Permohonan dibenarkan hanya untuk murid-murid warganegara Malaysia.

Antara kriteria yang akan dinilai untuk permohonan ke Tingkatan 1 SBP ialah kecermelangan dalam akademik, ko-kurikulum serta berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP.

Untuk permohonan ke Tingkatan 4 SBP pula, murid tersebut mestilah cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain), cemerlang ko-kurikulum serta lulus proses temuduga (untuk kemasukan ke KISAS).

#3 Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini diuruskan mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Terdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 &) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan April hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di https://essem.moe.gov.my/.

Antara syarat kemasukkan ialah murid tersebut mestilah berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dipohon (Muzik ,Tari, Teater atau Seni Visual), lulus “Sesi Serlahan Seni” dan mendapat keputusan minima 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ada 5 lokasi Sekolah Seni Malaysia (SSeM)-

  1. SSeM Bandar Seri Alam, Masai, Johor.
  2. SSeM Santubong, Kuching, Sarawak.
  3. SSeM Jalan Pasar,Kuala Lumpur.
  4. Program Pendidikan Seni di SMK Muhibbah, Kampung Baharu, Simpang Jalong, Sg. Siput (U), Perak.
  5. Program Pendidikan Seni SMK Elopura, Sandakan, Sabah.

#4 Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Sekolah Sukan Negeri (SSN) mula beroperasi pada tahun 2009; dengan setiap negeri hanya mempunyai satu SSN.

Pemilihan murid ke SSN adalag berdasarkan “Talent Searching dan Talent Scouting”, “Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)”, “Panel Pemilih Atlet” dan IQ Test.

Murid yang akan dipilih mestilah lulus peperiksaan UPSR dan cemerlang dalam pencapaian sukan iaitu sekurang-kurangnya mewakili daerah dalam pertandingan anjuran MSSM, Persatuan dan NGO.

Senarai Sekolah Sukan Negeri seperti dibawah ini:

  1. SMK Syed Hassan, Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis.
  2. SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra Alor Setar, Kedah.
  3. SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang
  4. SM Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
  5. SMK Seksyen Sebelas, Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.
  6. SMK Seri Titiwangsa, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.
  7. SMK Za’aba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  8. SMK Seri Kota, Jalan Air Leleh, Melaka.
  9. SMK Tun Hussein Onn, Jalan Batu Pahat Kluang, Johor.
  10. SMK Seberang Temerloh, Pahang.
  11. SMK Bukit Nenas, Setiu, Terengganu.
  12. SMK Putera, Kota Bharu, Kelantan.
  13. SMK Datuk Peter Mojutin, Penampang, Sabah.
  14. SMK Mutiara, Labuan.
  15. SMK Tabuan Jaya, Jalan Wan Alwi, Kuching Sarawak.

#5 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977.

Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana.

Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain.

Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.

Oleh itu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan diwujudkan.

Di bawah ini senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, disusun mengikut negeri.

Negeri Johor.

SMKA Bandar Penawar
SMKA Johor Bahru
SMKA Maahad Muar
SMKA Segamat

Negeri Kedah.

SMKA Baling
SMKA Kedah
SMKA Sik
SMKA Yan

Negeri Kelantan.

SMKA Falahiah
SMKA Lati
SMKA Melor
SMKA Naim Lil Banat
SMKA Tangok
SMKA Wataniah

Kuala Lumpur.

SMKA Kuala Lumpur

Negeri Melaka.

SMKA Sharifah Rodziah
SMKA Sultan Muhammad

Negeri Sembilan.

SMKA Pedas
SMKA Sheikh Haji Mohd Said

Negeri Pahang.

SMKA Pahang
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

Negeri Perak.

SMKA Kerian
SMKA Slim River
SMKA Sultan Azlan Shah

Negeri Perlis.

SMKA (P) Kangar
SMKA Arau

Negeri Pulau Pinang.

SMKA (L) Al-Mashoor
SMKA (P) Al-Mashoor
SMKA Al-Irsyad
SMKA Nibong Tebal

Negeri Sabah.

SMKA Inanam
SMKA Kota Kinabalu
SMKA Limauan
SMKA Muhamad Ali Ranau
SMKA Sandakan
SMKA Tun Datu Mustapha
SMKA Tun Said
SMKA Tun Sakaran

Negeri Sarawak.

SMKA Igan
SMKA Limbang
SMKA Matang
SMKA Miri
SMKA Seri Aman
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
SMKA Sibu
SMKA Tun Ahmad Zaidi

Negeri Selangor.

SMKA Kuala Selangor
SMKA Maahad Hamidiah
SMKA Simpang Lima

Negeri Terengganu.

SMKA Durian Guling
SMKA Kuala Abang
SMKA Nurul Ittifaq
SMKA Sheikh Abdul Malik
SMKA Tok Jiring
SMKA Wataniah

#6 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan kebiasaannya merujuk kepada sekolah agama yang sumber kewangan dan pengurusan pada mulanya diuruskan sendiri oleh pihak pengurusan sekolah; tetapi kemudian sekolah agama ini berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menerima bantuan kewangan serta tenaga pengajar dari kerajaan.

#7 Sekolah Vokasional.

Melalui sekolah vokasional, anak anda dapat kuasai antara 32 jenis kemahiran yang boleh dijadikan kerjaya setelah tamat persekolahan.

Senarai kemahiran seperti dibawah ini.

Kemahiran 1: Teknologi Elektrik.

Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.

Kemahiran 2: Teknologi Elektronik.

Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.

Kemahiran 3: Teknologi Pemesinan Industri.

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.

Kemahiran 4: Teknologi Automotif.

Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

Kemahiran 5: Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara.

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.

Kemahiran 6: Teknologi Pembinaan.

Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, caracara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri.

Kemahiran 7: Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan.

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

Kemahiran 8: Seni Kulinari.

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Kemahiran 9: Bakeri & Pastri.

Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Kemahiran 10: Pelancongan.

Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

Kemahiran 11: Seni Reka Fesyen.

Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kemahiran 12: Kosmetologi

Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.

Kemahiran 13: Pengajian Awal Kanak-kanak.

Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Kemahiran 14: Pengurusan Perniagaan.

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kemahiran 15: Kesetiausahaan Pentadbiran.

Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Kemahiran 16: Insurans.

Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.

Kemahiran 17: Pemasaran.

Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.

Kemahiran 18: Pengurusan Peruncitan.

Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Kemahiran 19: Perakaunan.

Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.

Kemahiran 20: Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian.

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Kemahiran 21: Multimedia Kreatif Animasi.

Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Kemahiran 22: Rekabentuk Grafik dan Media Cetak.

Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.

Kemahiran 23: Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi.

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI).

Kemahiran 24: Agroindustri Tanaman.

Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Kemahiran 25: Agroindustri Ternakan Ruminan.

Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau.

Kemahiran 26: Agroindustri Ternakan Poultri.

Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

Kemahiran 27: Teknologi Mekanisasi Agro.

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Kemahiran 28: Bioteknologi.

Program ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu.

Kemahiran 29: Akuakultur.

Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal.

Kemahiran 30: Hortikultur.

Murid diberi pendedahan berkaitan tanaman sayuran, rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman, sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman dan fisiologi lepas tuai.

Kemahiran 31: Seni Bina Landskap.

Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.

Kemahiran 32: Pemprosesan Makanan.

Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia.

Senarai Sekolah Vokasional & Kemahiran Yang Ditawarkan.

Penerangan ini masih berkaitan dengan sekolah vokasional.

Dibawah ini ialah senarai penuh sekolah vokasional di setiap negeri serta kemahiran yang ditawarkan pada anak anda.

Negeri Johor

Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor.

  1. Teknologi Automotif
  2. Teknologi Elektrik
  3. Teknologi Elektronik
  4. Teknologi Kimpalan
  5. Teknologi Pembinaan
  6. Teknologi Pemesinan Industri
  7. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
  8. Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pengajian Awal Kanak-kanak
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Penyediaan & Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)
Perkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013)

Kolej Vokasional Kluang, Johor.

Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012)

Kolej Vokasional Kota Tinggi.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)

Kolej Vokasional Muar, Johor.

Kosmetologi
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Pagoh, Johor.

Seni Kulinari
Senibina Landskap

Kolej Vokasional Pasir Gudang.

Teknologi Marin
Teknologi Pembuatan Bot

Kolej Vokasional Perdagangan Johor.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kolej Vokasional Segamat, Johor.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)

Kolej Vokasional Tanjung Piai, Johor.

Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri

Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan

Kolej Vokasional Tun Hussein Onn, Johor.

Seni Reka Fesyen

Negeri Kedah.

Kolej Vokasional Alor Setar.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Kulim.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kolej Vokasional Langkawi.

Bakeri dan Pastri
Pelancongan
Pengurusan Perniagaan
Seni Kulinari
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)
Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
Penyediaan & Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)

Kolej Vokasional Sungai Petani 1

Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Bakeri dan Pastri
Kesetiausahaan Pentadbiran
Kosmetologi
Pengajian Awal Kanak-kanak
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen

Negeri Kelantan.

Kolej Vokasional Bachok.

Kosmetologi
Pengurusan Perniagaan
Seni Reka Fesyen
Teknologi Elektronik

Kolej Vokasional Kuala Krai.

Multimedia Kreatif Animasi
Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)
Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)

Kolej Vokasional Pasir Mas.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Pemasaran
Pengurusan Perniagaan
Pengurusan Peruncitan
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Pasir Puteh.

Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ternakan Poltri
Agroindustri Ternakan Ruminan
Perakaunan

Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri

Kolej Vokasional Tanah Merah.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pengajian Awal Kanak-kanak
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Operasi Pemesinan (MC-050-2:2012)
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)

Negeri Melaka.

Kolej Vokasional Dato’ Seri Abu Zahar Isnin.

Bakeri dan Pastri
Pemasaran
Pengurusan Perniagaan
Pengurusan Peruncitan
Seni Kulinari
Teknologi Pembinaan
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Melaka Tengah.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Elektrik – SLDN FMM
Pemesinan Industri – SLDN FMM

Negeri Sembilan.

Kolej Vokasional Ampangan.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja.

Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ternakan Poltri
Agroindustri Ternakan Ruminan
Akuakultur
Pemprosesan Makanan
Pengurusan Perniagaan
Senibina Landskap
Teknologi Mekanisasi Agro
Operasi Ladang Poltri (AF-071-3:2015)
Operasi Pengeluaran Tanaman (A016-001-3:2016)
Reka Bentuk Floral (HT-071-3:2014)

Kolej Vokasional Datuk Undang Hj Muhammad Sharip.

Kosmetologi
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen

Kolej Vokasional Juasseh.

Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Operasi Pemesinan (MC-050-2:2012)

Kolej Vokasional Kuala Klawang.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Pengurusan Perniagaan
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik

Kolej Vokasional Port Dickson.

Pelancongan
Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Negeri Pahang.

Kolej Vokasional Kuantan.

Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)

Kolej Vokasional Muadzam Shah.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012)

Kolej Vokasional Pertanian Chenor.

Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ternakan Poltri
Agroindustri Ternakan Ruminan
Akuakultur
Bioteknologi Pemprosesan Makanan
Senibina Landskap
Teknologi Mekanisasi Agro

Kolej Vokasional Puteri.

Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Mustain Billah.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Operasi Pemesinan (MC-050-2:2012)
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)

Kolej Vokasional Temerloh.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Negeri Perak.

Kolej Vokasional Gerik.

Bakeri dan Pastri
Pengurusan Perniagaan
Seni Kulinari
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kolej Vokasional Ipoh.

Pemasaran Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Kerian.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Operasi Pemesinan (MC-050-2:2012)

Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pengajian Awal Kanak-kanak
Pengurusan Perniagaan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Lebuh Cator.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri

Kolej Vokasional Seri Iskandar.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Seri Manjung.

Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik

Kolej Vokasional Slim River.

Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Taiping.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Teluk Intan.

Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ternakan Poltri
Agroindustri Ternakan Ruminan
Akuakultur
Bioteknologi Pemprosesan Makanan
Senibina Landskap
Teknologi Mekanisasi Agro
Reka Bentuk Floral (HT-071-3:2014)

Negeri Perlis.

Kolej Vokasional Arau.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Kangar.

Kosmetologi
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)

Pulau Pinang.

Kolej Vokasional Balik Pulau.

Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)

Kolej Vokasional Batu Lanchang.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri

Kolej Vokasional Butterworth.

Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri

Kolej Vokasional Nibong Tebal.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Seberang Prai.

Perakaunan
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Pembinaan
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Negeri Sabah.

Kolej Vokasional Beufort.

Pelancongan
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)

Kolej Vokasional Keningau.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pembuatan Pakaian Wanita (TA-011-2:2012) MBK
Pengajian Awal Kanak-kanak
Seni Kulinari
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Automotif – Servis Selepas Jualan (TP-300-2:2013)
Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012) MBK
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)

Kolej Vokasional Kudat.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)

Kolej Vokasional Lahad Datu.

Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ternakan Poltri
Agroindustri Ternakan Ruminan
Akuakultur Pemprosesan Makanan
Perakaunan
Senibina Landskap
Teknologi Mekanisasi Agro
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Likas.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Pengurusan Perniagaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Kimpalan Arka (Projek Link)

Kolej Vokasional Sandakan.

Pelancongan
Automotif – Servis Selepas Jualan (TP-300-2:2013)
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa (EE-320-2:2012)
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3:2012)

Kolej Vokasional Tawau.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pengajian Awal Kanak-kanak
Perakaunan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (EE-021-2:2012)
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3:2012)

Negeri Sarawak.

Kolej Vokasional Betong.

Perakaunan
Seni Kulinari
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Bintulu.

Kosmetologi
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Kimpalan Arka (Projek Link)

Kolej Vokasional Kuching.

Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Pemesinan Industri

Kolej Vokasional Matang.

Kosmetologi
Pengurusan Perniagaan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Miri.

Pelancongan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Kimpalan Arka (Projek Link)

Kolej Vokasional Sibu.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Seni Reka Fesyen
Teknologi Elektronik

Negeri Selangor.

Kolej Vokasional Gombak.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Multimedia Kreatif Animasi
Pemasaran
Pengurusan Peruncitan
Perakaunan

Kolej Vokasional Kajang.

Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018), Servis Diagnostik Kenderaan Ringan (G452-002-3:2018)

Kolej Vokasional Klang.

Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Elektrik – SLDN FMM
Operasi Pemesinan (MC-050-2:2012)
Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3:2012)

Kolej Vokasional Kuala Selangor.

Bakeri dan Pastri
Multimedia Kreatif Animasi
Pemasaran
Perakaunan
Seni Kulinari
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012)

Kolej Vokasional Sepang.

Perakaunan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Automotif
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian (IBM – Ptech)
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web (IBM-Ptech)

Kolej Vokasional Shah Alam.

Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Pengurusan Perniagaan
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Teknologi Elektrik
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian (IBM – Ptech)

Negeri Terengganu.

Kolej Vokasional Besut.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

Kolej Vokasional Dungun.

Kesetiausahaan
Pentadbiran Pengurusan
Perniagaan Seni Reka Fesyen
Teknologi Elektrik
Teknologi Kimpalan

Kolej Vokasional Kemaman.

Kesetiausahaan Pentadbiran
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kolej Vokasional Kuala Berang.

Bakeri dan Pastri
Kosmetologi
Seni Reka Fesyen

Kolej Vokasional Wakaf Tembusu.

Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Kuala Lumpur.

Kolej Vokasional ERT Setapak.

Kosmetologi
Pengajian Awal Kanak-kanak
Seni Kulinari
Seni Reka Fesyen
Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera (HT-031-3:2016)

Kolej Vokasional Setapak.

Perakaunan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Pemesin Am

Labuan.

Kolej Vokasional Labuan.

Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pemesinan Industri
Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)

#8 Sekolah Teknik.

Ada 5 bidang yang ditawarkan di sekolah-sekolah Teknik, seperti penerangan dibawah.

Kemahiran 1: Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Kursus ini adalah pendedahan kepada murid kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga membantu murid untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbol-simbolnya.

Kemahiran 2: Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Kursus ini melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan. Murid juga akan didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan

Kemahiran 3: Pengajian Kejuruteraan Awam.

Kursus ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran. Murid juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk kesedaran murid agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan, merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.

Kemahiran 4: Perdagangan.

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada murid berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk murid mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.

Kemahiran 5: Sains Pertanian.

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang. Murid didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Murid juga akan mempelajari tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja kursus.

Senarai Sekolah Teknik & Kemahiran Yang Ditawarkan.

Penerangan ini masih berkaitan dengan sekolah teknik.

Dibawah ini ialah senarai sekolah-sekolah teknik mengikut negeri.

Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu, Johor.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian

Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan

Sekolah Menengah Teknik Melaka.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’faar, Negeri Sembilan.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan

Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Sarawak.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal

Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan

Sekolah Pendidikan Khas.

Program Pendidikan Khas diwujudkan untuk pastikan semua anak-anak dapat peluang pendidikan yang sebaiknya, walaupun keadaan mereka berbeza dari kebanyakkan murid-murid yang lain.

Program Pendidikan Khas pada mulanya diperkenalkan pada tahun 1962 disekolah rendah dan menengah untuk bantu anak-anak yang kurang daya penglihatan supaya mereka turut sama belajar seperti murid yang lain.

Kemudian, pada tahun 1963, program diperluaskan di sekolah rendah dan menegah untuk turut disertai oleh murid-murid yang kurang daya pendengaran pula.

Pada 1988, program diperluaskan lagi. Kali ini untuk turut meliputi murid-murid yang menghadapai masalah untuk kuasai kemahiran asas belajar iaitu membaca, menulis dan mengira.

Untuk bantu murid-murid yang berkeperluan khas (seperti penerangan di atas); murid-murid bekeperluan khas akan samada mengikuti kelas sepenuhnya dengan murid-murid yang lain ATAU hanya mengikuti pelajaran dan aktiviti tertentu saja bersama murid lain dan selebihnya bersama guru yang terlatih untuk program pendidikan khas.

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Negeri.

Sekiranya anak anda memerlukan pendidikan khas, anda boleh merujuk salah satu pusat perkhidmatan di bawah untuk khidmat nasihat:

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Negeri

Sumber Imej: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Dalam Hospital.

Sekolah Dalam Hospital (SDH) adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi keciciran murid yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang di hospital.

SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School in Australia (The Children’s Hospital at Westmead. Royal North Shore Hospital and Sydney Children’s Hospital. Randick) yang telah disesuaikan mengikut konteks Malaysia.

Sehingga kini terdapat 15 buah SDH di seluruh negara.

Senarai Sekolah Pendidikan Khas di Seluruh Malaysia.

Negeri Johor.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Batu Pahat, Johor.
SKPK Muar, Johor.
SKPK Princess Elizabeth, Jalan Nong Chik, Johor Bharu, Johor.
SKPK Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.

Negeri Kedah.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alor Setar, Kedah.
SKPK Sungai Petani, Kedah.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah.

Kuala Lumpur.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Jalan Batu, Kuala Lumpur.
SKPK Jalan Peel, Kuala Lumpur.
SKPK Kg. Baharu, Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.

Negeri Melaka.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka.

Negeri Sembilan.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Negeri Sembilan.

Negeri Pahang.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang.

Negeri Pulau Pinang.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
SKPK Jalan Hutton, Pulau Pinang.
SKPK Persekutuan, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Negeri Perak.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, Perak.
Sekolah Pendidikan Khas Taiping, Perak.

Negeri Perlis.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis.

Negeri Sabah.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu, Sabah.
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Sabah.

Negeri Sarawak.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Kota Samarahan, Sarawak.
SKPK Kuching, Sarawak.
SKPK Miri, Sarawak.
SKPK Sibu, Sarawak.

Negeri Kelantan.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan.

Negeri Selangor.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Shah Alam, Selangor.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.

Negeri Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu.
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Chendering, Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *