Jakim Pic 3

Cara Jakim Mudahkan Urusan Anda.

Anda dapat lihat di sini cara Jakim mudahkan urusan anda dari urusan harian seperti check waktu solat, check samada sesebuah restoren itu halal termasuk status halal cawangannya; download digital Al-Quran, lihat hadith, takwim & tarikh-tarikh penting dalam Islam juga untuk semak status sekolah agama untuk anak anda.

Tidak banyak artikel yang bincangkan penglibatan Jakim dalam kehidupan kita seharian serta untuk pendidikan anak kita.

Dibawah ini beberapa sumbangan Jakim yang kita mungkin tidak sedar atau baru tahu.

#1 Semak Waktu Solat dengan Jakim.

Untuk permulaan kita lihat dulu cara Jakim mudahkan kita untuk tunaikan tanggung jawab yang paling penting untuk kita sebagai seorang Muslim; solat.

Sebelum kita buat sebarang aktiviti lain samada sendirian atau bersama keluarga, kita perlu tunaikan dulu tanggungjawab solat kita.

Memang betul kita boleh taip pada Google, contohnya “waktu solat asar”; tapi jika anda perhatikan kekadang waktu yang diparkan oleh Google tidak tepat yang memungkinkan kita untuk “terlewat waktu solat” atau yang serius sekali kita mungkin akan “terawal solat” menyebabkan solat kita tidak sah.

Anda boleh cuba semak sendiri dan bandingkan waktu yang dipaparkan oleh Google vs waktu yang di paparkan oleh Jakim.

Imej di bawah ini menunjukkan perbandingan antara waktu solat yang ditunjukkan Google untuk Subuh vs yang ditunjukkan oleh Jakim.

Waktu solat Google
Waktu solat Jakim

Untuk waktu Subuh, waktunya sama seperti yang dipaparkan oleh Jakim iaitu pada pukul 5:58 pagi.

Sekarang bandingkan pula waktu solat dengan lihat waktu-waktu yang tertera dibahagian bawah waktu solat Subuh pada imej Google dan Jakim.

Jika kita gunakan waktu Google untuk Zohor, kita akan terawal solat 2 minit; maksudnya kita sudah bersolat sedangkan waktu solat Zohor belum masuk lagi menyebabkan solat kita tidak sah.

Untuk waktu Asar, juga sama; kita akan bersolat sebelum masuk waktu Asar iaitu terawal 1 minit.

Untuk waktu Maghrib; kita akan bersolat juga sebelum masuk waktunya iaitu terawal 2 minit.

Untuk Isya begitu juga; kita akan bersolat sebelum masuk waktu Isya dengan solat terawal 2 minit juga seperti waktu Maghrib.

Bayangkan jika kita telah menggunakan waktu Google dan solat tepat pada waktu yang Google nyatakan; solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya kita tidak sah kerana kita telah mula bersolat sebelum masuk waktunya.

Mengapa ini berlaku?

Tiada jawapan tepat untuk soalan ini kerana Google rahsiakan algorithmnya.

Namun berdasarkan perbandingan yang kita buat, kita boleh buat kesimpulan yang algorithm Google atau bahasa mudahnya; programming Google tidak dapat menentukan kesahihan waktu.

Jika anda rujuk kembali pada imej Google di atas; anda dapat lihat dibawah imej itu tertulis “Based on Jabatan Kemajuan Islam Malaysia”. Ini bermaksud, programming Google ambil data dari Jakim tetapi programming yang sama tidak dapat tentukan samada waktu yang diambil itu adalah waktu yang sepatutnya atau tidak.

Untuk waktu solat yang sahih sebaiknya rujuk terus pada Jakim pada link di bawah ini.

Jika “button” ini tidak berfungsi linknya ialah > https://www.e-solat.gov.my/ ATAU taip saja di Google “Waktu solat” tetapi pastikan anda pilih “Portal eSolat Jakim”.

Bagaimana pula dengan App Waktu Solat?

Sebaiknya anda buat perbandingan yang sama dulu app yang anda gunakan itu dengan waktu di portal Jakim. Sekiranya semakan anda beberapa kali pada hari yang berbeza menunjukkan waktu yang tepat seperti Jakim; terus gunakan app anda itu.

#2 Cari Tempat Makan Disahkan Halal oleh Jakim.

Berhati-hati waktu anda buat carian di Google samada sesebuah tempat makan itu halal atau tidak kerana kerap kali Google akan paparkan pada kita “info yang popular”; maksudnya paparan search results berdasarkan ramai orang pilih atau “klik” berbanding paparkan kita info yang sahih.

Kerap kali penulisan popular ini akan kata sesuatu tempat itu halal tetapi tidak nyatakan sumber rujukan mereka atau dengan mudah mengatakan sesuatu tempat itu sebagai “Halal Friendly”, “No Pork” atau “No Lard”.

Setiap kali anda baca artikel yang buat ulasan status halal untuk sesuatu restoren atau status halal lokasi tertentu; pastikan artikel tersebut ada sebut sumber rujukan serta tarikh dan cara semakan dibuat supaya anda dapat info yang lengkap sebelum memilih tempat tersebut.

Di Malaysia, sumber rujukan sahih untuk status halal ialah Jakim kerana kesemua sijil halal Malaysia dikeluarkan oleh Jakim sahaja.

Setiap tempat yang telah disahkan halal oleh Jakim akan dipaparkan di portal Jakim.

Portal Halal Jakim

Pautan di bawah ini akan bawa anda terus ke portal halal Jakim.

#3 Download salinan digital Al-Quran dari Jakim.

Al-Quran adalah mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah pada junjungan Nabi kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian Baginda Nabi junjungan kita mewariskan pula bacaan Al-Quran ini kepada kita supaya kita dapat kebaikan dan keredhaan dari Allah setiap hari, InsyaAllah.

Ada pelbagai app Al-Quran di luar sana yang kita boleh download dengan mudah.

Jika anda ingin salinan Al-Quran digital yang sahih, sebaik-baiknya gunakan salinan digital yang telah disediakan oleh Jakim melalui Aplikasi Smart Al-Quran.

Aplikasi Smart Al Quran oleh Jakim

Untuk download, anda boleh gunakan link di bawah ini.

Untuk Android:

Untuk Apple:

#4 Jakim sediakan rujukan Hadith untuk Anda.

Jakim turut menyediakan himpunan hadith supaya mudah untuk kita buat rujukan.

Untuk lebih memudahkan anda; hadith-hadith ini dihimpunkan dalam satu aplikasi dikenali sebagai “Smart Hadith”.

Smart Hadith Jakim

Anda boleh download aplikasi melalui link di bawah ini:

Untuk Android:

Untuk Apple:

#5 Ketahui Takwim dan Tarikh-tarikh Penting Islam.

Jika anda tertanya-tanya tarikh-tarikh penting dalam Islam; anda boleh rujuk terus pada pautan di bawah ini.

#6 Check Status Sekolah Agama.

Sekiranya anda dan anak anda memilih untuk meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Agama Islam; secara umumnya anda ada pilihan samada untuk daftar anak ke sekolah dibawah pengurusan Kementerian Pendidikan atau pihak-pihak lain seperti Kerjaan Negeri dan Swasta.

Jika pilihan anda ialah untuk ke sekolah pengajian Islam swasta; pastikan terlebih dulu sekolah itu telah berdaftar dengan kerajaan kerana ini akan memudahkan pengajian lanjutan anak anda.

Jakim telah dilantik oleh kerajaan untuk himpunkan data-data sekolah-sekolah Agama yang berdaftar di bawah satu sistem maklumat dikenali sebagai Sistem Pendidikan Islam atau “SIMPENI”.

Apabila berada di portal Simpeni and hanya perlukan masukkan maklumat berkenaan seperti Nama Sekolah, Negeri dan Daerah dan tekan “Semak”. Status pendaftaran sekolah tersebut akan dipaparkan pada anda.

SIMPENI

Gunakan pautan di bawah ini untuk ke portal SIMPENI.

Sumbangan Jakim pada kehidupan seharian kita termasuk untuk pendidikan anak kita lebih dari 6 yang dinyatakan di artikel ini.

Harap sekurang-kurangnya artikel ini memberi manfaat pada kita dan beri kita gambaran peranan besar yang ditunaikan oleh Jakim kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *