English Pic 3

Contoh Cara Ajar Anak English.

Mencari idea cara ajar anak English? Artikel ini amat sesuai untuk anda.

Di sini ada beberapa contoh cara anak anda boleh bertanya atau bercakap dengan guru mereka dalam English. Anda boleh praktis bersama anak-anak anda sehingga mereka faham dan selesa untuk guna ayat-ayat ini.

Jangan biarkan anak anda baca senarai ini seorang diri. Sebaik-baiknya, luangkan masa untuk baca bersama dengan anak anda.

Pada waktu ini juga, sebaik-baiknya jangan sentuh lagi berkaitan “grammar” supaya kita boleh jadikan anak kita lebih yakin untuk bercakap dulu dalam English.

Sebelum kita ke ayat-ayat contoh khusus bercakap dengan guru; apa kata kita mulakan dengan soalan ini pada anak kita “Have you perform your solah? // Dah solah ke?”. Contoh jawapan anak kita “Yes I have”.

Mudah-mudahan anak-anak kita akan jadi antara hamba Allah yang sentiasa dekat hatinya dengan solah.

Jom kita mulakan.

Contoh ayat:

  1. Cikgu saya dah masuk online class. // Teacher, I’m in.
  2. Buku apa cikgu? // Which book teacher?
  3. Muka surat berapa cikgu? // Which page teacher?
  4. Cikgu saya tak jumpa buku saya. // Teacher, i couldn’t find my book.
  5. Cikgu tunggu, saya tengah cari buku saya. // Teacher, can you wait for me please. I’m still looking for my book.
  6. Cikgu, tunggu saya tengah cari pensil saya. // Teacher, wait. I’m looking for my pencil.
  7. “Cikgu saya tak faham” atau “Apa maksud cikgu?” // Teacher, can you explain further please.
  8. Saya masih tak fahamlah cikgu. // I still don’t get it teacher.
  9. “Cikgu boleh ulang balik apa cikgu cakap tadi” atau ” Cikgu saya tak dengar apa cikgu cakap tadi”. // Can you repeat that please.
  10. Cikgu, bising sangatlah susah nak dengar cikgu. // Teacher, it’s too noisy here. I couldn’t hear you.
  11. Cikgu, Abu bising sangat. Susah saya nak dengar cikgu. // Teacher, Abu making a lot of noise. It’s hard for me to hear you.
  12. Boleh cikgu tunjuk saya cara buat ni? // Teacher, can you show me how to do it?
  13. Cikgu boleh tak kita berehat sekejap? // Teacher, can we take a short break please.
  14. Cikgu saya nak ke toilet // Teacher, can i have toilet break please.
  15. Homework dari muka surat berapa cikgu? // Which page should i refer to teacher?
  16. Cikgu, apa jawapannya? // What’s the answer teacher?
  17. Betul ke saya jawab ni? // “Did i answer it correctly?” atau “Did i get it right?”
  18. Cikgu saya nak cuba jawab soalan. // Teacher can i try answer that please.
  19. Cikgu saya pula cuba. // Teacher, my turn please.
  20. Ada homework ke cikgu? // Any homework teacher?
  21. la kena hantar homework? // When should i submit my homework teacher?

Harap contoh-contoh di atas membantu anda.

Untuk makluman, contoh-contoh baru akan ditambah dari masa ke semasa. Untuk terima makluman, anda boleh email terus ke ppdmelaka@mailfence.com.