|
PEMANTAUAN MAKLUMAT PENGURUSAN DISIPLIN 2010 |
|
|
|
|
Friday, 03 September 2010 16:20 |
|
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Didapati beberapa buah sekolah belum menghantar borang Pemantauan Maklumat Pengurusan Disiplin Sekolah 2010 (BPD1) sebelum atau pada 30 Ogos 2010. Sila ambil tindakan segera.
Sekian, harap maklum.
Sumber : Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan |
|
|
Friday, 03 September 2010 15:08 |
|
Kepada semua Guru Besar,
Sila hadir ke Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Melaka untuk mendapatkan Sijil Waran Perjawatan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Sekolah Rendah di talian 062325059 (Pn. Rozita).
Sekian, harap maklum.
Sumber : Unit Pengurusa Sekolah |
|
INSTRUMEN KOMSAS TAHUN 2011 |
|
|
|
|
Thursday, 02 September 2010 13:54 |
|
Semua Guru Besar dan Pengetua,
Adalah dengan ini dipohon agar pihak warga sekolah tuan yang terlibat untuk mengakses instrumen KOMPAS di laman web IAB iaitu http://www.iab.edu.my/kompas dan mengisikan maklumat yang diperlukan. Tempoh masa yang diberikan untuk tujuan ini bermula 25 Ogos 2010 hingga 10 September 2010.
harap maklum dan terima kasih.
Sumber : Unit Pengurusan Akademik |
|
Wednesday, 01 September 2010 09:44 |
|
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Adalah dimaklumkan bahawa semua bahan yang perlu untuk dimuatturun akan diklasifikasikan mengikut tahap boleh sebar kepada umum atau kepada komuniti sekolah sahaja. Untuk itu sekolah diminta untuk menggunakan username dan password yang sama yang digunakan untuk mengakses Aplikasi Sistem Atas Talian Penempatan tingkatan 1 2011 bagi apa-apa bahan yang boleh dimuatturun oleh pihak sekolah sahaja. Bagi bahan-bahan yang lain akan diletakkan pada pautan Muatturun.
Harap maklum.
Sumber : Unit Pengurusan ICT/Maklumat |
|
MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN KE SBP 2011 |
|
|
|
|
Wednesday, 01 September 2010 08:55 |
|
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar yang terlibat sahaja,
Makluman berkaitan penghantaran Borang Cetakan Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh. Adalah dimaklumkan bahawa dokumen-dokumen sokongan tersebut perlu dihantar kepada Sekolah Berasrama Penuh yang dipohon, untuk itu mohon jasa baik pihak sekolah untuk memaklumkan kepada para pelajar di sekolah masing-masing.
Harap maklum
Sumber : Unit Pengurusan Sekolah |
|
Last Updated on Wednesday, 01 September 2010 09:37 |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 2 |